Turki Yang Tak Kalian Kenal

Musim hujan ni nampaknya tempo untuk saya membaca telah kembali ke jalan yang benar.

Benarlah tajuk buku ini.Sebenarnya masih banyak tentang Turki yang masih tidak diketahui.Dari pemenang Hadiah Nobel pada tahun 2015 yang dimenangi oleh rakyat Turki yang bernama Aziz Sancar,sehingalah kepada lagu negara mereka yang bernama Istiklal Marsi.Yang saya tahu serba sedikit hanyalah kenangan tentang kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah yang kini hanya tinggal kenangan.

Menarik untuk dikongsikan tentang doa semasa solat Jumaat.Doanya hanya untuk keberkahan agama Islam,tanah air,orang tua,jiran tetangga dan kaum muslimin di seluruh dunia.Ringkas.

Disebabkan keperitan yang dialami semasa perang dunia,rakyat Turki lebih menghargai makanan seperti nasi dan roti.Bagi mereka,ianya tidak patut dibazirkan.Pengaruh Islam masih ada dalam kehidupan mereka.Menganggap bahawa setiap cebisan makanan yang jatuh mempunyai keberkatan,adalah kepantangan bagi mereka melihat setiap makanan dibazirkan.

Dalam adat pertunangan dan perkahwinan pula,saya merasakan ianya sangat memerlukan wang yang banyak.Namun,upacara perkahwinan biasanya dilakukan pada musim panas,jadi pasangan mempelai masih mempunyai masa setahun untuk mengumpul wang.

Berkat jasa Mustafa Kamal Ataturk,rakyat Turki kini memiliki semangan nasionalisma yang sangat tinggi.Yang penting bagi mereka kini adalah kedaulatan negara tanpa mengira agama.

Oh ya.Di sana,tiada masalah besar bagi kunjungan ke kubur-kubur para sejarawan dan ahli agama.Berkat dari kefahaman mereka dalam Mazhab Hanafi,kunjugan ke kubur dianggap sebagai salah satu penghormatan di atas jasa mereka semasa masih hidup.

Maulud Nabi dan hari Assyura diraikan.Bagi mereka,hari Assyura adalah milik semua umat Islam,bukannya milik pengikut Syiah sahaja.Pada 17 Disember atau 10 hari lebih awal,para pencinta Rumi akan berkumpul di kota Konya.Hari yang akan diraikan sempena perginya Rumi ke pangkuan kekasih sebenarnya,Allah Swt.

Dari satu segi,kita adalah pemenang.Namun jika difikirkan semula,banyak aspek negara Turki yang masih jauh untuk kita kejar.Contoh paling mudah adalah kebersihan dan pembuangan sampah.

Published by mainclosedmonday

Suka baca buku untuk mengelakkan diri dari dihantui oleh homo sapiens yang merimaskan jiwa.Tapi suka juga stalk homo sapiens yang lain.Hahaha..

Leave a comment