Pertempuran-Pertempuran Agung:Seni Pertempuran Terulung

Pengenalan

Terbitan : The Patriots

Muka surat: 400 muka surat (termasuk bibliografi,biodata penulis dan glosari)

Penulis: Helmi Effendy,Moustapha Abbas & Amir Zayyanid

Komentar

Buku permulaan untuk tahun 2020.Saya memang suka baca buku terbitan The Patriots kerana dah lama saya idamkan buku yang mempunyai berilmiah seperti ini dalam bahasa ibunda kita sendiri.

Dalam buku ni,ada banyak peperangan yang diceritakan.Ada 60 buah peperangan .Ada yang diceritakan secara panjang seperti siapakah jeneral yang terlibat,jumlah tentera dan juga kekuatan dan kelemahan dari kedua-dua belah pihak.Buku ini dimulakan dengan peperangan yang paling awal dicatatkan secara teliti oleh para sejarawan,iaitu Perang Megiddo (1457 SM).Manakala siri perang terakhir pula ialah Shiroyama (1877 M).

Dalam buku ini,kita akan mengenali lebih lanjut siapakah Napoleon Bonaparte,Alexander the Great,Julius Caeser l,Ramses II malahan Khalid bin Al Walid di medan peperangan.Harus diakui,mereka memang seorang pahlawan yang gagah,bijaksana dan mempunyai semangat yang luar biasa semasa berperang.Tidak keterlaluan jika saya katakan,tindakan Khalifah Umar Al Khatab memecat Khalid adalah suatu tindakan yang bijak dalam memelihara iman umat Islam pada waktu itu.Dalam buku ini,ada beberapa siri peperangan yang menceritakan tentang kebijaksanaan Khalid sebagai jeneral di medan peperangan.

Yang menariknya lagi,beberapa elemen alam seperti hutan,taufan dan muka bumi turut menjadi punca kepada sesuatu kekalahan ataupun kemenangan.Askar-askar gasar Jerman telah menggunakan hutan tebal ini untuk memerangkap tentera-tentera Rom sekaligus menewaskan Rom.

Dalam Perang Pelusium (525 SM) pula,tentera Parsi telah menggunakan patung yang menyerupai kucing dan dewa-dewa lain yang disembah oleh masyarakat Mesir.Ini menjadikan tentera-tentera Mesir merasa takut dan mengalami gangguan emosi akibat strategi ini.

Dalam buku ni,penulis ada memberitahu pendapat peribadi beliau tentang strategi yang digunakan oleh Tariq bin Ziyad iaitu membakar kapal-kapal dan memutuskan bekalan makanan untuk menaikkan semangat tentera.Dalam Perang Guadalete (711-712 M) ini,penulis berpendapat strategi yang digunakan oleh Tariq ini tidak mustahil terjadi.Strategi memutuskan bekalan makanan ini pernah dilakukan oleh Jeneral Xiang Yu dalam perang Julu (207/208 M).

Ada 3 perang yang disukai secara peribadi oleh saya iaitu;

  • Perang Talas:Perang yang telah menyebabkan perpindahan teknologi pembuatan kertas dari Tamadun Cina ke Tamadun Islam.
  • Perang Baghdad: Perang yang telah mengakibatkan kejatuhan sekaligus menandakan kelemahan umat Islam dalam segala segi termasuk ilmu.
  • Bun’ei dan Kōan: Dalam perang ini,tentera Monggol telah berundur dari menyerang Jepun sebanyak dua kali disebabkan oleh taufan Kamikaze.

Ini merupakan kesimpulan yang ringkas dari saya.Sekarang,saya sedang membaca buku yang kedua.Ulasannya akan dibuat sebaik sahaja buku tersebut habis dibaca.

Published by mainclosedmonday

Suka baca buku untuk mengelakkan diri dari dihantui oleh homo sapiens yang merimaskan jiwa.Tapi suka juga stalk homo sapiens yang lain.Hahaha..

Leave a comment