Turki Yang Tak Kalian Kenal

Musim hujan ni nampaknya tempo untuk saya membaca telah kembali ke jalan yang benar.

Benarlah tajuk buku ini.Sebenarnya masih banyak tentang Turki yang masih tidak diketahui.Dari pemenang Hadiah Nobel pada tahun 2015 yang dimenangi oleh rakyat Turki yang bernama Aziz Sancar,sehingalah kepada lagu negara mereka yang bernama Istiklal Marsi.Yang saya tahu serba sedikit hanyalah kenangan tentang kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah yang kini hanya tinggal kenangan.

Menarik untuk dikongsikan tentang doa semasa solat Jumaat.Doanya hanya untuk keberkahan agama Islam,tanah air,orang tua,jiran tetangga dan kaum muslimin di seluruh dunia.Ringkas.

Disebabkan keperitan yang dialami semasa perang dunia,rakyat Turki lebih menghargai makanan seperti nasi dan roti.Bagi mereka,ianya tidak patut dibazirkan.Pengaruh Islam masih ada dalam kehidupan mereka.Menganggap bahawa setiap cebisan makanan yang jatuh mempunyai keberkatan,adalah kepantangan bagi mereka melihat setiap makanan dibazirkan.

Dalam adat pertunangan dan perkahwinan pula,saya merasakan ianya sangat memerlukan wang yang banyak.Namun,upacara perkahwinan biasanya dilakukan pada musim panas,jadi pasangan mempelai masih mempunyai masa setahun untuk mengumpul wang.

Berkat jasa Mustafa Kamal Ataturk,rakyat Turki kini memiliki semangan nasionalisma yang sangat tinggi.Yang penting bagi mereka kini adalah kedaulatan negara tanpa mengira agama.

Oh ya.Di sana,tiada masalah besar bagi kunjungan ke kubur-kubur para sejarawan dan ahli agama.Berkat dari kefahaman mereka dalam Mazhab Hanafi,kunjugan ke kubur dianggap sebagai salah satu penghormatan di atas jasa mereka semasa masih hidup.

Maulud Nabi dan hari Assyura diraikan.Bagi mereka,hari Assyura adalah milik semua umat Islam,bukannya milik pengikut Syiah sahaja.Pada 17 Disember atau 10 hari lebih awal,para pencinta Rumi akan berkumpul di kota Konya.Hari yang akan diraikan sempena perginya Rumi ke pangkuan kekasih sebenarnya,Allah Swt.

Dari satu segi,kita adalah pemenang.Namun jika difikirkan semula,banyak aspek negara Turki yang masih jauh untuk kita kejar.Contoh paling mudah adalah kebersihan dan pembuangan sampah.

Pertempuran-Pertempuran Agung:Seni Pertempuran Terulung

Pengenalan

Terbitan : The Patriots

Muka surat: 400 muka surat (termasuk bibliografi,biodata penulis dan glosari)

Penulis: Helmi Effendy,Moustapha Abbas & Amir Zayyanid

Komentar

Buku permulaan untuk tahun 2020.Saya memang suka baca buku terbitan The Patriots kerana dah lama saya idamkan buku yang mempunyai berilmiah seperti ini dalam bahasa ibunda kita sendiri.

Dalam buku ni,ada banyak peperangan yang diceritakan.Ada 60 buah peperangan .Ada yang diceritakan secara panjang seperti siapakah jeneral yang terlibat,jumlah tentera dan juga kekuatan dan kelemahan dari kedua-dua belah pihak.Buku ini dimulakan dengan peperangan yang paling awal dicatatkan secara teliti oleh para sejarawan,iaitu Perang Megiddo (1457 SM).Manakala siri perang terakhir pula ialah Shiroyama (1877 M).

Dalam buku ini,kita akan mengenali lebih lanjut siapakah Napoleon Bonaparte,Alexander the Great,Julius Caeser l,Ramses II malahan Khalid bin Al Walid di medan peperangan.Harus diakui,mereka memang seorang pahlawan yang gagah,bijaksana dan mempunyai semangat yang luar biasa semasa berperang.Tidak keterlaluan jika saya katakan,tindakan Khalifah Umar Al Khatab memecat Khalid adalah suatu tindakan yang bijak dalam memelihara iman umat Islam pada waktu itu.Dalam buku ini,ada beberapa siri peperangan yang menceritakan tentang kebijaksanaan Khalid sebagai jeneral di medan peperangan.

Yang menariknya lagi,beberapa elemen alam seperti hutan,taufan dan muka bumi turut menjadi punca kepada sesuatu kekalahan ataupun kemenangan.Askar-askar gasar Jerman telah menggunakan hutan tebal ini untuk memerangkap tentera-tentera Rom sekaligus menewaskan Rom.

Dalam Perang Pelusium (525 SM) pula,tentera Parsi telah menggunakan patung yang menyerupai kucing dan dewa-dewa lain yang disembah oleh masyarakat Mesir.Ini menjadikan tentera-tentera Mesir merasa takut dan mengalami gangguan emosi akibat strategi ini.

Dalam buku ni,penulis ada memberitahu pendapat peribadi beliau tentang strategi yang digunakan oleh Tariq bin Ziyad iaitu membakar kapal-kapal dan memutuskan bekalan makanan untuk menaikkan semangat tentera.Dalam Perang Guadalete (711-712 M) ini,penulis berpendapat strategi yang digunakan oleh Tariq ini tidak mustahil terjadi.Strategi memutuskan bekalan makanan ini pernah dilakukan oleh Jeneral Xiang Yu dalam perang Julu (207/208 M).

Ada 3 perang yang disukai secara peribadi oleh saya iaitu;

  • Perang Talas:Perang yang telah menyebabkan perpindahan teknologi pembuatan kertas dari Tamadun Cina ke Tamadun Islam.
  • Perang Baghdad: Perang yang telah mengakibatkan kejatuhan sekaligus menandakan kelemahan umat Islam dalam segala segi termasuk ilmu.
  • Bun’ei dan Kōan: Dalam perang ini,tentera Monggol telah berundur dari menyerang Jepun sebanyak dua kali disebabkan oleh taufan Kamikaze.

Ini merupakan kesimpulan yang ringkas dari saya.Sekarang,saya sedang membaca buku yang kedua.Ulasannya akan dibuat sebaik sahaja buku tersebut habis dibaca.

Resolusi 2020

Untuk tahun 2020,ada beberapa target yang saya ingin capai.

1. Membaca 30 buah buku.Tahun lepas target hanya 20 sebab nak fokus pada pengajaran Bahasa Jepun.Tapi tahun ni,saya nak naikkan semula target memandangkan kesihatan yang tak berapa nak ok untuk meneruskan pengajaran di dalam bidang bahasa.Tahun lepas walaupun target hanya 20 buah,dapat juga lah baca 23.Tahniah saya ucapkan pada diri saya sendiri.Hahaha..

2. Tahun ni memang nak aktifkan semula blog ni.Khas untuk menulis tentang buku dan segala tentang isinya.Rugi lah pula dah ada tapi nak biar jadi habuk.Jadi,apa kata kita teruskan je blog ni.Tak payah nak buat blog baru.Yang ni pun tak terjaga.

3. Lebihkan menulis dan meluangkan masa dengan aktiviti membaca.Jangan jadi orang bodoh.Tu resolusi utama saya.Baca,tulis,baca,tulis dan baca lagi.

4. Jadi,apa lagi.Marilah kita menulis tentang buku yang telah dibaca!

Era Kebangkitan Kerajaan Uthmamiyah (1299M-1453M): Mohd Fikri Che Hussian

buku 21.jpg

Buku yang kedua puluh satu untuk tahun 2019. Buku yang mengambil tema sejarah Kerajaan Turki Uthmaniyah sekitar tahun 1299M-1453M.Jadi,dari situ kita akan dapat tahu buku ini tidaklah mengandungi himpunan sejarah yang lengkap.Ianya berakhir semasa penaklukan kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453M.

Buku ni sebenarnya saya beli dah lama.Bulan November 2011.Tapi baru je habis dibaca dua minggu sudah.Tu pun sebab saya nak baca sementara menunggu di hospital. Buku yang tidak terlalu tebal, mempunyai tulisan yang agak besar dan ditulis di kertas-kertas yang licin.Tu memang trademark Hijjaz Record Publishing rasanya.Jadi,amat berbaloi untuk dibeli dan dibuat koleksi.

Memandangkan buku ini hanya menceritakan tentang kisah-kisah yang tidaklah terlalu mendalam,jadi buku ini tidak sesuai untuk anda yang mahu mengenali sejarah Kerajaan Turki Uthmaniyah lebih lanjut. Anda memerlukan buku yang lebih mendalam kajiannya dan akan memperkenalkan bukan sahaja sisi baik,bahkan sisi buruk kerajaan Turki Uthmaniyah.

Terpulang pada diri anda untuk membeli ataupun tidak.Namun,buku ini sesuai dibaca untuk sesiapa yang ingin mengenali kerajaan Turki Uthmaniah secara awal.

Mengapa membaca sukar dilakukan secara konsisten

1.Kewujudan laman sosial;
Melayari laman sosial seperti Facebook,Instagram dan Twitter ternyata lebih menyeronokkan.Selain membolehkan kita membuat kajian tentang ‘si dia’,kita juga secara tidak langsung mempunyai satu pekerjaan tetap iaitu pakcik atau makcik bawang.Perkhidmatan yang tidak dibayar,tetapi akan mendatangkan kepuasan apabila status atau komen kita akan mendapat banyak tanda suka dan juga perkongsian dari warga internet yang lain.

2.Pengaruh aplikasi drama;
Netflix,Iflix,Dimsum dan juga Viu merupakan di antara contoh-contoh aplikasi yang agak merbahaya.Satu filem kebiasaannya akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam.Itu untuk satu filem.Bayangkan jika anda menonton drama bersiri Korea?Oh.Ianya tidaklah selama mana jika dibandingkan dengan drama Latin.Mungkin anda sebenarnya mampu untuk menghabiskan pembacaan sebanyak 20 buah buku.Pengaruh yang ada pada drama-drama ini memang sangat luar biasa.Sejujurnya,saya juga tidak terkecuali dari pengaruh yang satu ni.

3. Kesibukan di tempat kerja dan kewangan;
Memasuki alam pekerjaan juga bermakna anda akan mengalami kekangan dari segi waktu dan juga kewangan.Jika pengangkutan awam yang disediakan sangat selesa seperti perkhidmatan MRT,janganlah teragak-agak untuk memilihnya.Bayangkan dalam tempoh 30 min di dalam MRT,mungkin kita dapat membaca sekurang-kurangnya 6 hingga 10 muka surat.Dari sudut kewangan pula,pastikan gaji yang anda perolehi setiap bulan ada peruntukan untuk diri sendiri.Belilah sesuatu sebagai hadiah setelah penat bekerja selama sebulan.Bukankah buku hadiah yang terbaik untuk seorang ulat buku?Tidak semestinya anda harus berbelanja dengan jumlah yang besar.Cukuplah jika anda dapat membeli sebuah buku baru yang akan dapat memberikan anda auro positif.

4. Melebihkan keperluan orang lain berbanding keperluan sendiri.
Dilema ini sering dialami oleh golongan ibu-ibu dan juga suri rumah.Apabila anda sudah bergelar isteri ataupun ibu,tidak bermakna anda harus mengorbankan diri sendiri untuk membahagiakan keluarga.Tetapkan satu hari dalam sebulan untuk anda menikmati secawan kopi sambil membaca dengan selesa.Lupakan seketika tentang tanggungjawab dan komitmen anda,nikmatilah aktiviti tersebut dengan tenang.

5.Tidak mendapat kerjasama dari pasangan;
Tidak dapat dinafikan,ini merupakan faktor yang amat sukar sekali untuk dihadapi.Amatlah beruntung bagi sesiapa yang dapat berkongsi minat dengan pasangan masing-masing.Tapi,untuk sesiapa yang mempunyai masalah seperti ini,saya merasakan anda perlu bijak untuk ‘mencuri masa’.Janganlah kerana pasangan,anda perlu merubah diri sendiri sepenuhnya.Sayangilah diri sendiri sebelum anda menyayangi manusia lain.

6. Anda dilanda perasaan bosan;
Perasaan ini saya kira menimpa semua ulat buku.Ada masanya,anda akan merasa sangat bosan menatap dan menghabiskan buku yang sedang dibaca.Tidak perlu berasa panik.Ambillah masa yang diperlukan.Beralihlah pada buku yang lain jika anda mengalami perasaan tersebut melebihi dari waktu yang sepatutnya.Bukankah membaca buku itu sepatutnya menyeronokkan?

Akhir kalam,saya tinggalkan pesanan dari Ibnu Jahiz ini;

”Buku itu diam bila engkau mengkehendaki ia diam.Ia tidak akan mengganggu ketika engkau bekerja,tetapi bila engkau berasa kesepian,ia akan menjadi temanmu yang baik.Engkau tidak perlu marah terhadapnya dan juga tidak akan berkecil hati.Ia adalah teman yang tidak menipu atau bermuka dua.

buku baru

Dunia Tanpa Tembok:Ayman Rashdan Wong

Dalam prakata di muka hadapan,penulis menyatakan walaupun kejadian-kejadian yang diceritakan ini berlaku pada tahun 2018,tidak semestinya buku ini tidak lagi relevan pada masa kini.Satu kenyataan yang terbukti benar kerana keadaan politik antarabangsa yang berlaku pada masa lalu malahan berabad-abad yang lampau juga sering mengganggu kita hingga ke hari ini.

Pembunuhan Khashoggi misalnya masih lagi menjadi tanda tanya.Bahkan pada hari ini,isu tentang Khashoggi telah mendatangkan perdebatan di antara Turki dan US.Harini pun kalau kita baca di internet,President Erdogan dan US melalui kawan baik Mr Trump,Tom Barrack saling mengeluarkan kenyataan tentang pembunuhan Khashoggi yang masih belum diselesaikan.

Dalam bab awal lagi,kita diberitahu oleh penulis bahawa tiga konsep yang akan menjadi kunci kepada pemahaman tentang politik antarabangsa adalah kuasa,geografi dan identiti.

1. Kuasa..Saya rasa kat mana-mana pun manusia sentiasa dahagakan benda alah yang satu ni.Kalau tak,takkanlah sampai sekarang masih lagi berlaku perebutan kuasa,wilayah dan pergolakan di mana-mana.Dan yang lebih teruk,kat ofis pun kita akan menghadapi masalah ni.Sejak Nabi Adam dicipta,perbalahan antara manusia kerana kuasa ni sentiasa berlaku.

2. Geografi/geopolitics..Yang ni pun sadis.Bagi negara yang tidak dapat menerima takdir bagi kedudukan negara mereka,faktor inilah yang mendorong mereka untuk mendapatkan kawasan yang lebih besar.Tamak dan manusia berpisah tiada.Perancis ditakdirkan mempunyai kelemahan di sebelah timur laut.Secara tak langsung,ia terdedah kepada ancaman Jerman.Sebab tulah dalam sejarah,Perancis dan Jerman pernah terlibat dalam perang dunia.Cardinal Richelieu(1624-1642)merupakan seorang yang bijak.Dia tak bagi Jerman bersatu supaya Jerman yang kuat tidak akan wujud dan seterusnya akan membahayakan Perancis.Jahat sungguh dia..

3. Identity politics..Ada identiti yang ditentukan oleh geopolitics,kerjasama mahupun konflik antarabangsa.Identity politics ni pula boleh berubah mengikut peredaran zaman.Contohnya dulu Turki di zaman Mustafa Kamal Ataturk berkiblatkan Eropah.Sekarang dah beransur-ansur mempunyai kesedaran Islam.

Tiga faktor ni baru bab awal tau.Belum lagi kita baca tentang konflik China dengan bangsa Uighur,perebutan Alexander,Jepun,perang-perang yang masih terjadi di Yaman dan Syria dan banyak lagi konflik antarabangsa.

Buku ni bukan sahaja sesuai dibaca oleh budak-budak IR,bahkan yang terlibat dengan pasaran saham.Kena bagi budak-budak UiTM yang ambil course Investment Analysis tu baca sekali.Sebabnya konflik-konflik dan perubahan geopolitics yang berlaku ni secara tak langsung akan mempengaruhi faktor ekonomi dan pasaran saham antarabangsa dan Malaysia.Barulah kita faham kenapa dasar-dasar Mr Trump tu pelik semacam.Selain itu,kita akan faham kenapa kejatuhan pasaran kita dipengaruhi oleh dasar-dasar dari negara-negara seperti US,China dan negara-negara besar yang lain.Ivanka Trump dijadikan wakil untuk merasmikan pembukaan Kedutaan Israel di Jerusalem tu pun rupanya disebabkan oleh suami Ivanka tu seorang Yahudi yang pro-Isreal selain janji-janji Trump dalam kempen pilihanraya yang menyokong Israel.

Dalam buku yang pertama,kata-kata yang saya suka ialah ‘Ilmu itu kuasa-Francis Bacon’.Untuk buku kedua ni,kata-kata yang saya suka ialah ‘Geography is destiny’.Kata-kata inilah telah menjadikan manusia menerima takdir ataupun merubah takdir yang telah ditetapkan.

Sepetang Di Haeundae: Ahmad Bin Abdul

Buku yang berjaya dihabiskan pembacaan sempena cuti Hari Wilayah.Haeundae merupakan satu kawasan di dalam Busan dan merupakan pantai yang akan menarik para pelancong semasa musim panas dan mengalami pembangunan yang pesat menjelangnya Sukan Olimpik di Korea pada tahun 1988(Rujukan yang diambil dari Wikipedia).

Dalam buku ni,ada banyak kenangan manis,masam dan pahit yang dialami oleh penulis.Yang paling sedih,penulis dah tak kawan dengan Susu.Oh Susu,mengapa kau berubah setelah ke US.Kelakar bila penulis asyik menafikan yang Susu ni girlfriend dia,tapi kebanyakan kenangan semasa di Busan ni adalah bersama Susu.Dan hubungan rapat mereka sebenarnya disedari oleh penuntut luar yang lain.Penulis je yang tak sedar.

Prinsip.Di mana pun kita berada,pastikan kita mempunyai prinsip dan jati diri yang kuat.Barulah hidup ni selamat bila dilambung ombak.Lebih-lebih lagi bila menjadi golongan minoriti di negara yang bukan Islam.Dan saya sangat kagum dengan penulis yang memilih untuk mengekalkan prinsip untuk tidak minum walaupun ada prinsip-prinsip lain yang terpaksa dilonggarkan sedikit akibat desakan hidup dan kewangan.

Kalau kita selalu menonton drama atau filem Korea,kita akan dapat lihat watak cikgu yang suka pukul kepala pelajar.Dalam buku ni,penulis sendiri mengalami pengalaman tu disebabkan oleh kesukarannya memahami,menghafal dan membuat kerja sekolah.Nyaris mendatangkan drama,tetapi situasi tegang tu sempat ditenangkan oleh seseorang.

Sebenarnya saya suka watak penulis.Seorang yang mempunyai perangai dan kepala tersendiri.Kalau ikutkan,orang-orang macam ni akan dicop sebagai sombong,sebab lebih suka buat dan ikut kepala sendiri.Tapi sebenarnya setelah berada dalam komuniti dan masyarakat yang bekerja,adalah lebih baik dari anda membuat hal dan mengurangkan hubungan yang rapat dengan rakan sekerja.Politik di tempat kerja sangat dasyat 😂.

Yang last tu pengalaman sendiri.Kalau anda semua ada rezeki yang baik di tempat kerja,Alhamdulillah.Bersyukurlah 😅😅.#malaysiamembaca#malaysiamembaca2030

Kitab Tamadun Melayu.The Patriots

Buku pertama untuk tahun 2019.Tahniah untuk diri sendiri. Tahun ni saya saja memulakan bacaan dengan buku-buku genre macam ni.Bertujuan untuk mengenal dan menambah jati diri di zaman yang sangat mencabar sebagai anak bangsa Melayu.

Para penulis cuba menyedarkan kita bahawa sejarah bangsa Melayu bukanlah setakat dari Perlis ke Johor dan selepas keislaman Melaka,malah jauh lebih tua dari itu.Malah,sejarah dipelajari dari ahlinya,bukanlah dengan ahli politik yang picisan.

Asal usul kerajaan Champa memberi satu ilmu baru kepada saya.Selama ni saya ingat,orang-orang Champa tu asalnya dari Kemboja,tapi salah.Tinggalan nenek moyang Cham ni dijumpai di sekitar kawasan pantai Vietnam.Kerajaan Champa juga banyak kali melakukan serangan ke atas wilayah selatan China.Hebat  tak orang Melayu kita.

Syair Siti Zubaidah telah disepakati oleh para sejarawan sebagai kisah benar yang berlaku pada seorang raja kerajaan Champa,iaitu Raja Che Bong Nga.Negara Kembayat Negara merujuk kepada kerajaan Champa yang diperintah oleh Sultan Zainal Abidin iaitu Raja Che Bong Nga.Sejarah juga mencatatkan kematian Raja Che Bong Nga adalah kerana perbuatan khianat laksamana Champa sendiri,hingga menyebabkan baginda terbunuh melalui tembakan meriam.

Buku ni saya beli dah lama dan merupakan cetakan kedua.Apa yang menyebalkan pembacaan adalah tulisan dan hasil edit yang agak teruk.Beberapa perenggan diulang-ulang,kesalahan ejaan dan juga penggunaan kata seruan yang agak banyak.Cukuplah kata seruan tu digunakan sekali sahaja.Tu pun dah menunjukkan ketegasan ayat.Ni sampai tiga kali dan menggunakan huruf besar sebelumnya.Adoila.. Walau bagaimanapun,buku ni tidak dinafikan mempunyai nilai ilmu yang sangat tinggi.Teruskan menulis The Patriots.Ganbatte untuk tahun 2019.

#malaysiamembaca

Rancangan Membaca Tahun 2019

Cita-cita saya pada tahun ini ialah untuk membaca buku-buku di atas.Walaupun saya sendiri meragui hasrat murni ini,tapi saya akan pastikan saya mencuba dengan sedaya upaya untuk membaca setakat mana yang saya mampu.

Sejarah Tamadun Alam Melayu:Buku ni menjadi impian kerana saya ingin meningkatkan kembali jati diri sebagai orang Melayu dan Islam di Malaysia ini.

Pengembaraan Ibnu Battutah Jilid 1 & 2: Dibeli dari MPH.Tak pasti sekarang masih dijual atau tidak.Yang pasti,saya beli buku ni dengan harga promosi.Untuk dua jilid ni,MPH hanya menjual RM100 sahaja.

Doktor Umum:Antara genre biography yang sudah lama ingin dibaca,tetapi masih terhalang disebabkan kekangan masa.Antara yang menjadi faktor pencetus kepada buku ini ialah apabila saya mendapat tahu anak buah bos saya yang ketika itu berusia 12 tahun sudah tamat membaca buku ini.Dan yang lebih hebat adalah beliau membaca buku ni dalam bahasa Inggeris.

Batavia: Buku yang ‘rare’ ini dibeli di Kinokuniya,KLCC.Menjadi tarikan untuk dibeli kerana buku ini hanya mempunyai 1 naskah sahaja di almari.

Paris Sejarah Yang Tersembunyi: Buku ni menjadi tarikan kerana saya ingin mengenali dengan lebih lanjut tentang Paris,di sebalik kegemilangannya sebagai kota fesyen.Adakah sesuatu yang bertamadun atau yang menjengkelkan pernah berlaku dan jarang diketengahkan di kota ini?

Badiuzzaman Said Nursi:Sebagai seorang penganut Islam,saya rasa amat wajar untuk saya mengenali tokoh-tokoh Islam yang pernah berjasa tidak kira sama ada dari golongan sahabat ataupun dari zaman yang moden ini.Mungkin pembacaan tentang beliau akan menambahkan lagi kecintaan saya pada negara dan bangsa Turki yang banyak berjasa pada Islam suatu masa dahulu.

Diharapkan penulisan ini akan sentiasa mempunyai kesinambungan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mencintai buku dan meraikan Malaysia sebagai Ibu Kota Buku ☺️.

#malaysiamembaca#malaysiamembaca2030

Sepetang Di Busan:Ahmad bin Abdul

sepetang di busan

Buku ni berjaya dihabiskan tak sampai sehari.Sebabnya buku ni tak lah setebal mana tapi tetap menyeronokkan.Penulis ni sempoi.Ikut suka dia nak tulis apa.

Dalam buku ni,pengalaman penulis sangat baik untuk dijadikan sebagai tauladan.Dan di mana-mana pun sebenarnya manusia ni sama je.Ada yang baik dan buruk.Terkejut juga dengan perangai rakyat Korea di sebalik kehebatan negara tu dan juga sikap menggunakan orang lain tetap wujud walau di mana kita berada.

Dalam buku ni,barulah aku faham macam mana penulis berkawan dengan Susu.Dulu masa siri petang Tokyo,watak heroin adalah Karen.Susu ni merupakan punca penulis dapat mahir dalam bahasa Korea dalam masa yang singkat sehinggakan dicemburui oleh kawan-kawan yang lain.

Setakat ni,tak semua siri petang dari penulis yang aku ada.Jadi,telah menjadi azam tahun baru bagi untuk mengumpulkan siri-siri penulis yang lain.Kenapa aku suka?Sebab bagi aku penulis ni sejenis manusia yang ikut kepala dia.Aku suka perangai tu ☺️